Rabu, 30 Januari 2008

Naruto dan Syaitan Serigala

The image “http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/9/99/Naruto008.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.


Musang Berekor Sembilan Sebagai perumah bagi syaitan serigala, Kyubi, tubuh dan minda Naruto kadang kala dipengaruh olehnya. Secara fizikal, Naruto mempunyai sedikit ciri-ciri Kyubi seperti tanda misai di pipinya. Matanya juga sepet seperti serigala. Naruto memiliki stamina dan daya pemulihan yang tinggi yang membolehkan Naruto sembuh daripada kecederaan parah dalam sehari dua dan luka kecil dalam beberapa saat. Memandangkan Kyubi telah dikurung dalam Naruto sejak bayi lagi, adalah tidak diketahui sejauh mana personaliti Naruto dipengaruhi oleh Kyubi. Namun, terdapat kemungkinan bahawa Kyubi menyebabkan Naruto sangat nakal dan suka mengenakan orang lain untuk mendapat perhatian dan kedegilannya untuk tidak mengaku kalah dalam mana-mana pertarungan.

Tahap chakra Naruto adalah sangat tinggi kerana Kyubi. Ebisu pernah menyatakan bahawa daya pengawalan chakra Naruto adalah lemah kerana sebahagian daripada chakranya digunakan untuk membendung chakra Kyubi yang terlalu kuat (chakra Kyubi yang luar biasa ini boleh membahayakan Naruto jika dibebaskan dengan terlalu banyak). Kakashi pula mengatakan bahawa kuantiti chakra Naruto adalah dua kali dirinya yang punya. Maka, Naruto amat sesuai mengendalikan jurus yang memerlukan banyak chakra seperti 'Teknik Pengagihan Bayang' (Kage Bunshin no Jutsu). Ninja lain dapat menghasilkan beberapa klon sahaja dengan sempurna kerana jurus ini mengkehendaki penggunanya membahagikan chakranya dengan tepat kepada klon-klon yang dihasilkan, berlainan pula dengan Naruto yang mampu menghasilkan 2000 klon dan pada masa yang sama, membekalkan sejumlah chakra yang mencukupi kepada setiap klon.

Tidak ada komentar: