Rabu, 30 Januari 2008

Chakra Kyubi

Musang Berekor Sembilan mengawal badan Naruto.

Musang Berekor Sembilan mengawal badan Naruto.
Musang Berekor Sembilan di dalam badan Naruto.
Musang Berekor Sembilan di dalam badan Naruto.

Chakra Kyubi selalunya menjadi lebih nyata apabila Naruto menghadapi saat-saat genting untuk memastikan Naruto (dan juga Kyubi sendiri) dapat terus hidup. Kemudian nanti, Naruto berupaya menghubungi Kyubi dan meminta chakranya. Hal ini kerana walaupun Kyubi dikurung dalam badan Naruto, chakranya masih boleh mengalir keluar untuk bersebati dengan chakra Naruto. Tambahan pula, kuantiti chakra Kyubi yang hampir infiniti menyebabkan Kyubi merupakan senjata terunggul bagi Naruto dalam pertempuran yang sengit. Apabila Naruto mula menggunakan chakra Kyubi, ketangkasan dan kekuatannya meningkat secara mendadak. Kadar kecederaannya pulih turut meningkat. Oleh sebab staminanya telah bertambah berlipat ganda, Naruto boleh terus berlawan tanpa berasa letih. Naruto biasanya boleh memendamkan chakra Kyubi sebelum transformasi ekor berlaku. Seandainya hal itu terjadi, chakra Kyubi akan menjadi lebih nyata dengan masa. Beberapa kaedah boleh dilakukan untuk memendamkan semula chakra Kyubi seperti jampi pengurung Jiraiya atau teknik mengurung Yamato.

Apabila Naruto mula-mula menggunakan chakra Kyubi, Naruto belum mampu mengawalnya menyebabkan kemarahan dalamannya menguasai minda Naruto. Lama kelamaan, Naruto berupaya mengatasi masalah tersebut. Tetapi, jika emosinya terganggu, Naruto mungkin akan menggunakan lebih banyak chakra menyebabkan Kyubi menguasainya dirinya semula.

Naruto menewaskan Kabuto dengan jurus Rasengan.

Naruto menewaskan Kabuto dengan jurus Rasengan.

Naruto menjadi lebih berkuasa dengan pertambahan bilangan ekor perisai chakra Kyubi (setakat ini di Malaysia, bahagian ini hanya boleh dilihat dalam manga). Sehinggalah ekor yang ketiga, Naruto masih sedar tetapi tindakannya lebih buas. Dia mula merasakan kesakitan sebagai akibat kuantiti chakra yang terlalu besar. Apabila Naruto mencapai tahap 'empat ekor', Kyubi mendominasi. Minda Naruto bercampur dengan minda Kyubi. Bagi orang lain yang menyaksikan perubahan ini, Naruto kelihatan seperti mini-Kyubi.

Chakra Kyubi adalah jauh lebih kuat dan bahaya daripada chakra manusia biasa. Apabila Naruto menggunakan chakra Kyubi, tubuh asalnya menjadi kian lemah. Pada peringkat 'empat ekor', chakra Kyubi terlalu hebat sehingga mampu membakar kulit Naruto menyebabkan darah mengalir daripada setiap liang roma. Sementara itu, chakra Kyubi sentiasa memulihkan semula tisu rosak Naruto. Kitar dicederakan-dan-dipulihkan-semula melemahkan Naruto dan secara amnya memendekkan jangka hidup

Tidak ada komentar: